Pengenalan
Seni ukiran kayu adalah seni
kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi
masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang
Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni
ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini
begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan
di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai
untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Fokus akan ditumpukan kepada
seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan Orang Asli.
Selain itu
ukiran kayu juga ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu
yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni.
Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri
masyarakat Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili
watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Perjalanan sejarahnya yang
cukup panjang menandakan kedewasaan seni kraf Melayu itu sendiri. Kewujudan
seni kraf Melayu sejak bermula tamadun di Nusantara sehingga hari ini merupakan
bukti kedewasaannya. Perjalanan sejarah ini juga memperlihatkan perubahan demi
perubahan berlaku ke atas seni kraf Melayu dan menjadikannya warisan yang
dibawa dari zaman ke zaman. Buku ‘Ukiran Kayu Warisan Melayu’ ini ditulis oleh
seorang pengukir terkenal di negara kita iaitu Norhaiza Nordin. Beliau telah
mula mempelajari seni ukiran Melayu sejak usia masih muda lagi. Keinginan yang
tinggi untuk mendalami ilmu ukiran kayu telah membawa beliau berguru dengan
tukang kayu ternama seperti Wan Mustafa Wan Su, Allahyarham Tengku Ibrahim
Tengku Wok, Latif Long, Allahyarham Abd. Rahman Long dan Allahyarham Nik
Rashidin Nik Hussin. Buku ini mengupas mengenai sejarah pengukiran kayu yang
dibahagikan kepada beberapa perkara seperti:
- Jenis Ukiran Kayu
- Liuk Lentuk Motif Ukiran Kayu
- Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Kayu
- Senarai Bibliografi Bahan Rujukan
Sejarah Ukiran Kayu Melayu
Ukiran
merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di
Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500
tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang
istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang
dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana
lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada
istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu
orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan,
Melaka dan Negeri Sembilan.
Teknik dan Gaya
Teknik dan Gaya
Ukiran kayu
dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik
itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan
tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan
pemidang.
Bentuk
Bujang
Bentuk ini
berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.
Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntum bunga
ataupun putik buah.
Bentuk
Pemidang
Bentuk ini
menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak
berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.
Ukiran-ukiran
yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang
petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang
digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah
seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.
Bentuk Lengkap
Bentuk Lengkap
Bentuk ini
menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini
menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan,
daun, putik dan sulurnya.
Jenis Ukiran Kayu
Mengukir ialah proses meluakkan kayu
dengan menggunakan alat ukir yang dibantu oleh kemahiran tangan. Bentuk ukiran
kayu yang lazim dihasilkan oleh pengukir Melayu adalah ukiran dua dimensi dan
ukiran tiga dimensi. Jenis-jenis ukiran seperti:
- Ukiran Timbul Tanpa Silat
Gaya teknik ini biasanya terdapat
pada dinding, tebar layar, jendela, daun pintu dan perabut.
- Ukiran Timbul Bersilat
Hampir sama dengan Ukiran Timbul
Silat tetapi berbeza pada silat motif atau corak ukiran. Ukiran teknik ini
biasanya terdapat pada dinding, tebar layar, jendela, daun pintu dan perabot.
- Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat
Hampir sama dengan Ukiran Timbul
Tanpa Silat biasanya terdapat pada kekisi, pagar musang, sekatan ruang, perabut
dan cucur atap.
Segmen
Liuk Lentuk Motif Dalam Ukiran Melayu menerangkan dengan jelas mengenai
motif-motif hiasan yang digunakan dengan pengaruh dan kepercayaan motif itu
sendiri. Ungkapan Keperibadian Melayu
Dalam Ukiran Melayu dalam bentuk jiwa yang diterjemahkan oleh Abdullah
Muhammad (Nakula) dalam bentuk kata-kata yang indah bagi memudahkan pemahaman
masyarakat tentang makna yang tersirat disebalik keindahan ukiran kayu.
Keindahan ukiran Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang
dimiliki oleh masyarakat Melayu dengan gabunggan ketinggian ilmu, kebolehan
minda dan kemahiran untuk mengerahkan deria disalurkan kepada ukiran kayu
sebagai satu nikmat yang boleh dihayati.
Alat dan Motif
Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;
Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;
Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik
(ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang). Motif angkasa atau kosmos
yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit
bukau.
Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk
segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan
sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat
tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf
Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di
ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti
rehal.
Penggunaan
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
Desa Ukiran Kayu - Besut
Seni ukiran kayu adalah seni warisan turun temurun yang mempunyai nilai
seni yang tak ternilai harganya. Menyedari pentingnya seni ini tidak hilang
ditelan zaman, Kerajaan Negeri Terengganu telah membina sebuah institut latihan
seni ukir yang di beri nama Desa Ukiran Kayu (DUK). Desa Ukiran Kayu terletak
di daerah Besut yang telah di ilhamkan sebagai "Besut Daerah Ukiran
Kayu" kerana lahirnya pengukir-pengukir tersohor lahir di Daerah Besut.
Antara pengukir ternama yang berasal dari Besut adalah Che Long Bin Yusof,
Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999), Haji Wan Su Bin Othman
( Tokoh Seni Negara 1997), Abd Rahman Long, Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni
Negeri Terengganu 2003) dan Norhaiza Bin Nordin.
Desa Ukiran Kayu ini telah dibina di kawasan Istana Tengku Long yang
terkenal dengan seni bina yang menarik dan mengagumkan. Istana Tengku Long ini
telah dibina dengan Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam, Raja Besut Ke-4 pada
tahun 1875. Istana ini dihiasi dengan ukiran kayu yang halus seni ukirannya dan
sangat menarik dan mengagumkan. Desa Ukiran Kayu yang dibina ini berkeluasan
3,500meter persegi dan terletak di kawasan Kg Raja Besut Terengganu , kira-kira
100Km dari Bandar Kuala Terengganu. Terdapat tiga jenis rumah tradisional yang
dibina di Desa Ukiran Kayu ini ialah Rumah Potong Belanda, Rumah Limas Bungkus
dan Rumah Bujang Berserambi Selasar. Ketiga-tiga rumah ini menjadi simbol dan
contoh ukiran kayu yang diterapkan ciri-ciri ukiran melayu yang terkenal. Gaya
ukiran pada kayu adalah dipengaruhi oleh faktor dan cara hidup masyarakat
Melayu seperti adat, agama, persekitaran, iklim dan bentuk muka bumi. Biasanya
ukiran ini berdasarkan keperluan individu dan tidak bercanggah dengan
kepercayaan dan adat Melayu.
Desa Ukiran Kayu ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu
melalui Yayasan Pembangunan Usahawan menyediakan latihan kepada pelatih lepasan
SPM yang terdiri dari anak watan Terengganu yang berminat mendalami seni ukir
ini. DUK ini juga dipantau oleh seorang Profesor Madya Sulaiman Abd.Ghani
sebagai Ketua Pengawai Eksekutif Terengganu International Design Excellence
(TIDE) yang mempunyai pengalaman yang tinggi dan luas dalam bidang seni. Selain
itu DUK juga menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk melatih pelatih di
sini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti latihan ukiran kayu atau
melawat Desa Ukiran Kayu boleh lah berkunjung dan melihat sendiri Seni Warisan
Melayu yang menjadi simbol dan lambang kebangaan kita sebagai rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment